APA ITU EHATI LOVE CIRCLE?
EHATI LOVE CIRCLE (ELC) adalah program 12 bulan yang membantu anda untuk mentransformasikan diri menjadi seorang yang lebih kuat saat diuji dengan konflik dan masalah yang membebankan. Program ini juga akan membantu anda membina asas yang lebih kuat demi menghadapi rintangan hidup.
KELEBIHAN PROGRAM MEMBERSHIP EHATI LOVE CIRCLE (ELC)
- Kelas online selama 12 bulan
- Memfokuskan pada mentoring diri seperti membina keyakinan, ketenangan dan membantu untuk lebih menyayangi diri.
- Ketahui cara membaiki hubungan dengan suami dan ilmu yang lebih deep dan praktikal.
- Membantu dalam membina rezeki dan menggali lagi apa potensi diri untuk pergi ke next level
- Modul bonus iaitu Reboot Hati & unlimited recharge kelas online ELR (khas untuk alumni ELR sahaja)
DIYANA TAHIR
Selepas gagal dalam perkahwinan pertama, saya hampir gagal dalam perkahwinan kedua pula. Ketika itu saya rasa amat kecewa, malu dan buntu. Bayangkanlah satu persatu ujian datang mendekati sehinggakan saya mengalami depression bahkan hidup saya bergantung dengan ubat-ubatan depression sahaja. Saya selalu cakap dekat diri sendiri, "Aku ni tak layak disayangi dan menyayangi ke? Atau aku tak cukup bagus untuk dapat suami yang aku harapkan?".
Pelbagai persoalan di fikiran yang membuatkan saya semakin hari semakin tertekan. Agak lama saya buntu dan terus mencari apakah jawapannya. Ratusan ribu ringgit habis dibelanjakan demi ingin mempelajari dan mencari jalan keluar akan kemelut saya hadapi.
Akhirnya saya menjumpai jawapannya yang mana jawapan yang saya peroleh membawa sinar kebahagiaan dalam rumahtangga saya ketika ini. Alhamdulillah, apa yang saya ada sekarang ni saya nak kongsikan kepada wanita-wanita lain di luar sana agar mereka tidak perlu lagi menderita seperti saya satu ketika dahulu.