APA YANG ANDA DAPAT?
SYUKURI KEHIDUPAN
Khas untuk mereka yang ingin mengembalikan semangat yang hilang. Memupuk rasa syukur dalam diri seterusnya mengundang lebih banyak keberlimpahan dalam kehidupan.
SEMARAK KASIH SAYANG
Terapi hati untuk mengembalikan cinta dalam diri. Pada pasangan yang tercari-cari cinta yang hilang dan mendapatkan semula kasih sayang walaupun dah bertahun- tahun berkahwin.
TERAPI MAAF
Khas untuk mereka yang tiada kekuatan untuk memaafkan. Mungkin jauh di lubuk hati anda ingin memaafkan tetapi anda tak mampu. Anda rasa terlalu pahit untuk maafkan orang yang menganiayai anda selama ini.
DIYANA TAHIR
Selepas gagal dalam perkahwinan pertama, saya hampir gagal dalam perkahwinan kedua pula. Ketika itu saya rasa amat kecewa, malu dan buntu. Bayangkanlah satu persatu ujian datang mendekati sehinggakan saya mengalami depression bahkan hidup saya bergantung dengan ubat-ubatan depression sahaja. Saya selalu cakap dekat diri sendiri, "Aku ni tak layak disayangi dan menyayangi ke? Atau aku tak cukup bagus untuk dapat suami yang aku harapkan?".
Pelbagai persoalan di fikiran yang membuatkan saya semakin hari semakin tertekan. Agak lama saya buntu dan terus mencari apakah jawapannya. Ratusan ribu ringgit habis dibelanjakan demi ingin mempelajari dan mencari jalan keluar akan kemelut saya hadapi.
Akhirnya saya menjumpai jawapannya yang mana jawapan yang saya peroleh membawa sinar kebahagiaan dalam rumahtangga saya ketika ini. Alhamdulillah, apa yang saya ada sekarang ni saya nak kongsikan kepada wanita-wanita lain di luar sana agar mereka tidak perlu lagi menderita seperti saya satu ketika dahulu.