TRANSFORMASI HATI
Khas untuk mereka yang ingin mencorak kembali hati yang kian pudar. Memupuk keyakinan dalam diri seterusnya mengorak satu langkah yang lebih terang dalam mencari satu tujuan.
DIYANA TAHIR
Selepas gagal dalam perkahwinan pertama, saya hampir gagal dalam perkahwinan kedua pula. Ketika itu saya rasa amat kecewa, malu dan buntu. Bayangkanlah satu persatu ujian datang mendekati sehinggakan saya mengalami depression bahkan hidup saya bergantung dengan ubat-ubatan depression sahaja. Saya selalu cakap dekat diri sendiri, "Aku ni tak layak disayangi dan menyayangi ke? Atau aku tak cukup bagus untuk dapat suami yang aku harapkan?".
Pelbagai persoalan di fikiran yang membuatkan saya semakin hari semakin tertekan. Agak lama saya buntu dan terus mencari apakah jawapannya. Ratusan ribu ringgit habis dibelanjakan demi ingin mempelajari dan mencari jalan keluar akan kemelut saya hadapi.
Akhirnya saya menjumpai jawapannya yang mana jawapan yang saya peroleh membawa sinar kebahagiaan dalam rumahtangga saya ketika ini. Alhamdulillah, apa yang saya ada sekarang ni saya nak kongsikan kepada wanita-wanita lain di luar sana agar mereka tidak perlu lagi menderita seperti saya satu ketika dahulu.